"Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui.
"Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri," selorohnya.
Disebabkan oleh rasa takut, Neelofa telah membeli kamera mini yang disambungkan ke komputer dan diletakkan di bilik bagi membolehkan keluarga memantau keadaannya menerusi Internet.
Tujuannya di sana adalah untuk menambah pengetahuan dalam bidang seni lakonan.
"Kemudiannya saya akan terlibat dengan penggambaran filem berjudul Sinaran selepas pulang ke tanah air," tuturnya.
Admin food4makan mengucapkan semoga Neelofa berjaya dalam pelajaran di sana dan sentiasa kekal sihat waalfiat.
No comments:
Post a Comment