"Alhamdulillah bulan pada 1 Januari hingga 15 Januari tahun depan saya akan menunaikan umrah bersama isteri sebagai menunaikan niat dan hajat saya selepas berkahwin untuk bulan madu di sana.
"Perancangan awal selepas berkahwin tetapi saya sibuk dengan kerja dan baru sekarang dapat kosongkan jadual iaitu sepanjang bulan Januari nanti," kata Black.
Kini selepas menempuh beberapa bulan sebagai suami isteri, dia menantikan rezeki untuk mendapat cahaya mata.
"Saya dan isteri memang teringin untuk dapat anak, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang baru kahwin sudah diberi rezeki tersebut," katanya.
Admin F4M amat suka mendengar niat-niat yang baik macam ni, semoga segala perancangan mereka berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment