Monday 3 March 2014

Rita Rudaini Sokong Liyana Manan Isu Hanez Suraya Perampas

Rita Rudaini Sokong Liyana Manan Isu Hanez Suraya Perampas | Kisah kontroversi melibatkan pelakon Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang menjadi semakin panas apabila isteri kepada kekasihnya itu telah tampil memberi kenyataan di media semalam. Menurut ibu kepada dua anak yang hanya dikenali sebagai Ana itu, Hanez dikatakan tidak menghormati dirinya sebagai isteri yang masih sah kepada R dan ibu kepada anak-anaknya selepas pelakon itu memuat naik foto kanak-kanak tersebut di laman sosial di samping mencanang hubungan cintanya sebelum ini. Namun Ana nampaknya tidak berdepan masalah ini seorang diri apabila sahabatnya, Rita Rudaini turut memberi sokongan kepada ibu muda tersebut.


Kata Rita Rudaini Menerusi Instagram:

"Sahabatku..Berdoa byk2 pdNya. Sy sgt sedih, jaga ank2mu sebaiknya, kuat demi ank2..ALLAH sentiasa bersama kita,"

(klik untuk besarkan imej)

Barangkali cukup memahami situasi yang sedang dialami Ana, Rita menerusi laman Instagram miliknya telah menasihati wanita itu supaya bersabar dan ramai peminat Rita turut sama memberi kata-kata semangat kepada Ana dan seakan mengerti perasaan wanita tersebut.

Artikel berkaitan:
Liyana Manan akui Hanez Suraya Rampas Suaminya !!!

(klik untuk besarkan imej)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...