Friday 28 February 2014

Mahal ! Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Bernilai RM75,000

Mahal ! Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Bernilai RM75,000 | Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini. Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014. Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

Siti bersama karya Adrian Torres bernilai RM75,000.


Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman menerusi mStar:

"Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.


"Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Khairo, lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia begitu eksklusif kerana membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan.

Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.

Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).

Para penggemar seni lukisan boleh melihat karya-karya lukisan di di Galeri Artelier KL yang akan dibuka selama sebulan bermula 26 Februari 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...