Awal berkata menerusi mStar:
"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal.
"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu,"
Baru-baru ini Awal dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baharu di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.
Penukaran hos itu dilakukan kononnya Awal gagal mengacara program tersebut selain mempunyai masalah disiplin kerja.
Bagaimanapun tambah Awal, dia menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.
No comments:
Post a Comment