Friday, 3 January 2014

Schumacher Stabil, Tetapi Masih Kritikal

Schumacher Stabil, Tetapi Masih Kritikal | Michael Schumacher juara dunia F1 tujuh kali kini stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan kedua pada hari Selasa lalu. Hal ini berlaku selepas trajedi Schumacher terjatuh dan terhentak batu semasa main ski di Alps, Perancis. Pembedahan kali kedua dibuat untuk keluarkan darah beku di kepala dan ia berjalan lancar. Untuk makluman, Schumacher kini 45 tahun.

Kata pengurusnya Sabine Kehm yang dipetik dari mstar:

"Keadaan Schumacher sering dipantau sepanjang malam dan beliau masih stabil sehingga hari ini.

"Buat masa ini, ia berita baik. Dia stabil tetapi keadaannya masih kritikal," kata Kehm.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...