Thursday, 9 January 2014

Nedim Nafi Gosip Bakal Nikah Nora Danish

Nedim Nafi Gosip Bakal Nikah Nora Danish | Umum tahu pelakon cantik Nora Danish tengah hangat bercinta dengan Nedim Nazri. Mereka mengekalkan had dan batas masing-masing dan mengambil langkah selamat untuk tidak menghebahkan status hubungan mereka. Baru-baru ini Nedim menafikan khabar angin yang dia bakal berkahwin dengan Nora Danish tahun ini.

Dipetik dari mymetro, Nedim berkata:

"Biasanya kalau memberikan kenyataan kami bercinta atau mahu berkahwin, jika tiada jodoh umum cepat menjatuh hukum dan memberikan pandangan negatif."

"Saya tidak kisah sekiranya orang bercakap pasal saya. Saya biasa dengan perkara seperti itu, tetapi saya rasa tidak bagus sekiranya ia memberikan kesan buruk kepada Nora. Saya tidak boleh terima perkara seperti itu.”

Nedim turut menguatkan lagi kenyataannya dengan menjelaskan mereka berdua masih fokus pada kerjaya buat masa ini.

“Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...