"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca...,"kata Najib
Harga barang keperluan naik, tapi harga "kangkung" turun. Mungkin makanan ruji Malaysia adalah "kangkung". Seronok sekejap bila dengar "kangkung" turun. Kini BBC pun sebut pasal "kangkung"
“Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung,”
BBC juga melaporkan wujudnya lirik lagu popular dan penjualan baju dengan tulisan "Keep calm and eat kangkung" (bertenang dan makan kangkung)
No comments:
Post a Comment