Wednesday, 8 January 2014

Heliza Helmi Nafi Terima Lamaran

Heliza Helmi Nafi Terima Lamaran | Heliza Helmi tiba-tiba dikaitkan dengan penyanyi dan komposer iaitu Hafiz Hamidun setelah Hafiz keluarkan kenyataan yang dia tidak lama lagi akan berkahwin dengan seorang penyanyi yang juga seorang penceramah bebas.


Dipetik dari Kosmo!, Heliza Helmi mengulas mengenai isu ini:

"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan."

"Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula."

"Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam)."

"Saya akui mempunyai hubungan dengan Hafiz tetapi tidak lebih daripada sekadar sahabat. Lagipun, kami berdua sentiasa terlibat dengan program atau acara berbentuk keagamaan bersama-sama."

"Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin."




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...