Friday, 3 January 2014

Hati Zahiril Tersentuh Melihat Isteri Jaga Anak

Hati Zahiril Tersentuh Melihat Isteri Jaga Anak | Pelakon Zahiril Adzim meluahkan rasa terharunya kepada isterinya yang sanggup menjaga anak dan menepikan tawaran berlakon. Untuk makluman, anak mereka Nadi Anaqi sudah enam bulan.


Dipetik dari mstar, beliau berkata,"besar pengorbanan isteri saya menjaga anak kami sehingga sanggup menolak tawaran berlakon demi membesarkan sendiri zuriat kami.

"Kadang-kadang saya kasihan dengannya yang terpaksa berjaga malam kerana ingin menyusukan Anaqi,"

Zahiril dan Shera takut untuk menghantar anak ke pusat asuhan sebab macam-macam cerita buruk dah didedahkan di akhbar.

"Dia masih kecil dan mungkin jika dia dah besar sikit kami akan hantar di ke taska dan Sheera boleh kembali bekerja seperti biasa," katanya.

Zahiril juga menyatakan perbezaan masa beliau bujang dengan masa sekarang,"jika zaman bujang dulu boleh melepak tetapi bila dah kahwin perasaan untuk balik ke rumah dan berjumpa dengan anak lebih kuat."

Pesanan admin F4M kepada pembaca: orang yang sudah kahwin sahaja yang tahu nikmat kahwin, rasa bahagia dan tenteram bila bersama pasangan dan anak. Siapa yang ber'couple-couple' tu harap berkahwin cepat ye.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...