Thursday 2 January 2014

Faralyna Sudah Temui Pengganti Hairul Azreen

Faralyna Sudah Temui Pengganti Hairul Azreen | Faralyna iaitu seorang pelakon kini sudah ada kekasih baru selepas putus cinta dengan Hairul Azreen. Identiti kekasihnya tidak didedahkan lagi sebab hubungan cinta mereka masih baru iaitu 7 bulan. Selepas putus cinta dengan Hairul, Faralyna sekarang mengelak untuk bercinta dengan selebriti.


Dipetik dari mstar, Faralyna Idris berkata:

"Apa yang saya boleh katakan, kekasih saya itu bukanlah daripada kalangan golongan yang terlibat dengan industri hiburan tempatan.

"Hubungan kami baru tujuh bulan dan rasanya masih lagi terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum," katanya.

"Rasanya, nak kata serik bercinta dengan artis, tak juga. Cuma saya mengharapkan agar tidak jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar selebriti.

"Ini dapat memudahkan saya memberi tumpuan dalam kerja lakonan, manakala pasangan saya pula fokus dengan kerjayanya sendiri," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...