Menerusi Mstar, Didie Alias berkata:
"Saya pada mulanya tidak memberitahu dia tentang keadaan saya tetapi apabila dia pulang bercuti dari universiti, saya tutup matanya dan meletakkan tangannya di perut saya.
"Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik,"
"Pada usia saya sekarang risikonya banyak dan saya perlu lebih berhati-hati agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku.
"Bagaimanapun setakat ini semuanya berjalan lancar dan sentiasa mengikut arahan doktor,"
Tahniah Didie Alias yang kini mengandung 3 bulan, dengarnya rezeki Didie Alias bertambah-tambah sejak mengandung dan Didie Alias turut dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular dalam acara di Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April.
No comments:
Post a Comment