Saturday 18 January 2014

Aidil Zafuan Kahwini Zarema Zainal Mac Ini Dan Dapat Restu Keluarga

Aidil Zafuan Kahwini Zarema Zainal Mac Ini Dan Dapat Restu Keluarga | Kali ini keluarga merestui perhubungan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal dan akan bernikah pada bulan Mac ini. Aidil kini sudah belajar daripada pengalaman beliau untuk meminta restu keluarga dahulu sebelum berkahwin untuk kali kedua.


Kata Aidil kepada Mstar Online:-

"Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin. Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan.

Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik

Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah"


Tahniah Aidil yang kini mahu berkahwin untuk kali kedua! Semoga perhubungan kali ini kekal bahagia untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...