Sunday, 29 December 2013

Ucapan Daripada Pengantin Baru Linda Onn

Ucapan Daripada Pengantin Baru Linda Onn | "Alhamdulillah. Linda selamat diijabkabulkan dengan Ungku Azhar, 34 tahun, tepat pukul 5.45 petang pada 27 Disember 2013 oleh jurunikah dari Masjid Bukit Indah, Ampang. Perkenalan sejak bulan Ogos 2013 telah membawa kami ke alam rumahtangga. Majlis tertutup semalam diadakan hanya bersama ahli keluarga terdekat dan berjalan dengan lancar." 


"Untuk semua kawan-kawan wartawan, Linda ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi mendapatkan kisah perkahwinan Linda untuk tatapan peminat. Tetapi Linda minta maaf sebab Linda hanya dapat kongsi serba ringkas sahaja untuk tatapan peminat atas permintaan suami dan keluarga."

"InshaAllah, jika suami Linda izinkan gambarnya dipaparkan, Linda masukkan gambar nanti okey. Terima kasih atas doa kalian. Linda hargai.. muahhhh...," kata Linda Onn. 

sumber myartis


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...