Thursday, 26 December 2013

Soo Wincci Tersenarai 100 Paling Cantik Di Dunia

Soo Wincci Tersenarai 100 Paling Cantik Di Dunia | Soo Wincci iaitu penyanyi  yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa terkejut apabila dirinya tersenarai dalam Indipendent Critics bagi kategori 100 Wajah Paling Cantik 2013.

Wincci berada di tangga ke-91 dalam senarai 100 Paling Cantik Di Dunia sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom).

Sementara tempat pertama milik pelakon cantik dari Perancis, Marion Cotillard selepas tersenarai selama 12 tahun dalam senarai 100 Paling Cantik Di Dunia.

Soo Wincci yang kini di Taiwan ketika dihubungi Sinar Harian Online akui senarai 100 Paling Cantik Di Dunia menjadi penggalak kepada impiannya menembusi pasaran Hollywood.

Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang berita ini. Ketika itu (semalam) saya dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Taiwan.

Berita 100 Paling Cantik Di Dunia ini sangat menggembirakan saya kerana saya menganggap ia sebagai satu penggalak untuk mencapai impian saya ke Hollywood,” kata Soo Wincci.

Diolah dari sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...