Friday 20 December 2013

Skandal Hot Adi Putra, Noraida Dicerai Suami Dengan Talak Satu

Skandal Hot Adi Putra, Noraida Dicerai Suami Dengan Talak Satu | Noraida iaitu skandal Adi Putra telah diceraikan oleh suaminya Amiruddin Othman dalam pengakuan secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.
Keputusan tersebut dibuat setelah merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal dan untuk kebaikan bersama.

"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.

"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.


Dalam sidang media pada 12 Disember, Adi Putra mendakwa dirinya tidak bersalah selepas pihak polis gugurkan kes skandal yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin dan Noraida dikurniakan seorang anak perempuan yang kini 8 tahun hasil perkahwinan mereka kira-kira 10 tahun.

Semoga kes ini selesai dengan baik dan tidak mengaibkan pihak terlibat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...