Tuesday, 24 December 2013

Saleem Masih Berbisa, Mampu Bersaing Dengan Penyanyi Generasi Baru

Saleem Masih Berbisa, Mampu Bersaing Dengan Penyanyi Generasi Baru | Kelunakan vokal tersendiri dan memukau ternyata membezakan Saleem de–ngan penyanyi lain. Tidak dinafikan dia mempunyai kelompok peminat yang setia menyokong perjua–ngan seninya.

Justeru, tidak hairanlah penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Suci Dalam Debu ketika bersama Iklim dulu ini tidak tenggelam dengan saingan penyanyi generasi muda.

Buktinya Saleem yang kini sudah berusia 52 tahun mampu menghasil–kan album setiap tahun. Terbaru dia hadir menerusi album Cinta Kita Berbeza terbitan Music Valley sekali gus membuktikan dia masih ada nilai dalam industri muzik tanah air.

“Syukur saya masih diberi peluang menghasilkan album dan sering tampil dengan karya terbaru. Peminat saya tak suka saya nyanyikan lagu-lagu lama dan lebih suka saya tampil dengan album baru.

SALEEM masih mampu bersaing dengan penyanyi generasi baru.

“Bagi memastikan mereka puas hati, saya pilih bekerjasama dengan barisan komposer dan penulis lirik hebat yang sudah serasi dengan saya antara–nya Bong, Azam Dungun dan Edrie Hashim,” katanya.

Sebagai strategi, Saleem memilih lagu Bila Orang Dah Benci sebagai single pertama dan disusuli lagu Cinta Kita Berbeza yang kini semakin menjadi siulan peminat.

“Konsep lagu yang dipilih sememangnya memenuhi cita rasa peminat dan bukannya syok sendiri. Saya juga nyanyikan lagu Berakhir Cinta Kita yang disambung daripada lagu Trilogik Cinta.

“Boleh dikatakan album ini sebuah ‘killer’ album kerana semua lagu di dalamnya disukai ramai. Alhamdulillah setiap tahun saya akan ada album kerana memenuhi permintaan peminat,” katanya yang setia ditemani isteri merangkap pengurusnya, Juriah Bachok atau Julia.

Saleem berkata, resipi yang digunakan sangat mudah iaitu jaga disiplin serta komitmen.

“Boleh dikatakan saya tak duduk diam kerana sering menjayakan persembahan pentas di seluruh negara untuk apa saja majlis. Inilah rezeki saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...