Wednesday, 25 December 2013

Percintaan Johan As'ari Dan Lana Nordin Putus Akhirnya

Percintaan Johan As'ari Dan Lana Nordin Putus Akhirnya | Pasangan pelakon yang bercinta tidak sampai sebulan dan penuh kontroversi iaitu Johan As'ari dan Lana Nordin kini menjadi tumpuan apabila mereka dikhabarkan putus cinta.


"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," kata Johan As'ari.

Johan As'ari turut menyatakan yang beliau masih sayang Lana, namun terpaksa pilih keluarga kerana tidak mahu dianggap anak derhaka.

"Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

Respon Lana adalah,"Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
"Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah," katanya.

Sementara itu, peminat Johan As'ari mula memberi kata semangat melalui akaun Twitter Johan As'ari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...