Sunday, 29 December 2013

One Direction Mahu Berehat Dari Dunia Hiburan

One Direction Mahu Berehat Dari Dunia Hiburan | KUMPULAN pop terkenal One Direc Direction bercadang untuk berehat daripada kerjaya muzik mereka pada tahun hadapan.
The Sun melaporkan kesemua ahli kumpulan itu mahu berehat selama tiga bulan dan akan kembali bekerja pada bulan Mac untuk album terbaharu mereka.

Bagaimanapun berita berkenaan tidak disahkan oleh pengurus mereka sebaliknya sumber memberitahu mereka ingin berehat selepas hampir setahun menjelajah ke seluruh dunia untuk mengadakan konsert.
"Selain konsert mereka juga turut terlibat dalam aktiviti promosi dan kemunculan di majlis-majlis anugerah dan kesibukan itu membuatkan mereka penat dan ingin berehat," kata sumber tersebut.
sumber mstar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...