Saturday 21 December 2013

Nurul AF2 Menang RM250,000 Saman Melodi


Nurul AF2 Menang RM250,000 Saman Melodi | TV3 dan empat yang lain diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang AF2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah mengenai status perkahwinan mereka disiarkan dalam program Melodi 2 tahun lepas.

Nurul dan suaminya memfailkan saman pada 5 September 2011 selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011 yang memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibubapa serta keluarga.

Perkahwinan mereka adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat iaitu pihak yang mengesahkan pernikahan pasangan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...