Saturday, 28 December 2013

Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa Dalam Meletop?

Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa Dalam Meletop?Semua sedia maklum akan keberangkatan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa Mohd Noor ke Los Angeles, Amerika untuk pengajian kelas drama dan lakonan di sana.


Sepanjang ketiadaannya nanti, orang ramai mula berteka-teki siapakah pengacara yang bakal digandingkan bersama Nabil dalam program Meletop yang dihoskan bersama Neelofa sebelum ini.
Menurut portal Ohbulan, pelakon genit berbakat besar, Nad Zainal diura-urakan bakal menggantikan Neelofa dalam rancangan hiburan tersebut.
Ini kerana, kebanyakan pihak produksi mula membuka mata terhadap kebolehan Nad selepas dia mengacarakan Anugerah Skrin 2013 yang lalu dengan Faizal Ismail dan Awal Ashaari.
Nad dilihat mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan sesuai dengan karakternya yang spontan dan bubbly.
Tapi, ada juga khabar angin mengatakan pihak Meletop akan bergilir-gilir memanggil selebriti jemputan sepanjang ketiadaan Neelofa.
Kalau ratu parodi, Jihan Muse ganti Neelofa pun okay jugak kan?
Oleh: AUDREY LEE mynewshub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...