
"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.
"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," katanya.
"Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku," ujarnya.
Nabila berkata, hal-hal peribadinya hanya akan dikongsikan menerusi laman sosial instagram, namun ia turut dihadkan agar Nabila tidak dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Admin F4M mengucapkan semoga Nabila bertemu dengan jodoh yang baik-baik. Jika anda ingin tahu, Nabila adalah janda beranak satu dan pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Johan As'ari, Nas-T dan Syazwan Zulkifly.
No comments:
Post a Comment