
"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, Isnin.
"Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat.
"Dahulu kalau saya tegur mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka," katanya.
Tindakan Diyana memakai selendang di kepala semasa di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya untuk terus bertudung. Selain itu, Aaron Aziz juga kerap menghantar video-video dan bercerita mengenai hari kiamat.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna.
Admin F4M rasa bersyukur dengan hijrah ini yang datang dari kesedaran hati, semoga menjadi ikutan kepada semua kaum wanita.
No comments:
Post a Comment