Friday 20 December 2013

Iqram Dinzly Ditolak Lamaran Oleh Soo Wincci


Iqram Dinzly Ditolak Lamaran Oleh Soo Wincci | Sudah diketahui ramai Soo Vincci mempunyai hubungan rapat dengan Iqram Dinzly. Mereka sering dilihat meluangkan masa bersama walaupun mempunyai jadual ketat.

Soo Wincci belum terfikir untuk mendirikan rumahtangga walaupun pernah mengakui berkawan rapat dengan pelakon kacak Iqram Dinzly.

Soo Wincci berkata,"Setakat ini, kami hanya kawan biasa, tidak lebih dari itu. Saya dan Iqram selalu meluangkan masa bersama. Rumah dia (Iqram) dan rumah saya berdekatan. Dia selalu menemani saya jika ada masa. Terlalu sibuk dengan aktiviti sekarang sehingga saya tidak sempat memikirkan lansung mengenai perihal cinta."

"Saya ada sasaran hidup yang masih belum tercapai. Awal-awal lagi saya sudah berjanji, selagi tidak menjejakkan kaki di Hollywood, saya tidak akan fikir langsung untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa."


Soo Wincci amat terkejut apabila Iqram membuat gimik lamaran dan memberi cincin kepada beliau semasa majlis pelancaran album Su Winsi.

"Sedikit pun tidak menjangka dia akan datang. Apabila pengacara majlis beritahu akan ada kejutan dan saya lihat Iqram datang sambil membawa bunga dan cincin, saya sungguh terkejut kerana dia sanggup buat sedemikian."

"Saya sudah beritahu Iqram, saya belum bersedia untuk bercinta selagi tidak sampai ke Hollywood dan dia faham."

Iqram Dinzly didakwa marah dengan rakan artis yang cuba memburukkan hubungannya dengan Soo Wincci.

Iqram Dinzly mengulas,"Kenapa dia perlu persoalkan hubungan saya dengan Wincci, apa masalah dia?

"Sepatutnya, dia sebagai seorang artis yang berpangkat senior lebih berfikiran matang. Saya tidak mahu sebut nama dia di sini, tapi saya rasa umum tahu siapa artis jemputan yang paling senior dalam rancangan Masterchef Selebriti."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...