Sunday 22 December 2013

Hujan Ais Landa Taiping Menyebabkan Kerosakan



Hujan Ais Landa Taiping Menyebabkan Kerosakan | Gambar menunjukkan keadaan khemah peniaga di Taiping yang dilanda hujan batu (dalam bulatan: hujan batu dibandingkan dengan syiling 10 sen)-Sumber: Sinar-

Salah seorang peniaga berkata,"Rasa seperti ada batu-batu kecil menyakiti tubuh saya."

Menurut saksi kejadian iaitu Mohamad Kamal Abdul Latiff, dalam pukul 3.30 petang kebanyakan peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan tekejut dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais.

Kejadian tersebut menyebabkan peniaga tak jadi berniaga. Selain itu, khemah peniaga rosak dan papan tanda tumbang.

Kejadian ini jarang-jarang berlaku. Terdapat juga kes yang lebih teruk berlaku di luar negara apabila hujan ais sebesar bola besbal. Syukur kerana kejadian di Taiping tidak terlalu teruk berbanding kejadian berlaku di luar negara dan yang paling penting tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku di Taiping.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...