Monday 30 December 2013

Hot! Julia Ziegler Tak Halalkan Wang Pengurus Artis

Hot! Julia Ziegler Tak Halalkan Wang Pengurus Artis | Isunya begini, Julia Ziegler telah ditipu bekas pengurus artis Intan Ladyana mengenai urusan membuka sebuah syarikat hartanah. Jumlah yang dilabur adalah RM 8,333, Julia Ziegler tidak akan sama sekali menghalalkan wang itu. Kalau kita sendiri kena tipu seperti Julia semestinya kita akan bertindak macam Julia ataupun lagi teruk daripada itu. Siapa tak marah kalau jumlah wang besar ditipu.


Dipetik dari mstar, Julia Ziegler berkata:

"Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

"Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula,"

"Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.

"Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal,"

"Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran.

"Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan," katanya.

Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...