Fenomena ini pertama kali berlaku di kawasan itu menurut sumber Jabatan Meteorologi dan dakwaan bakal berlaku tsunami dinafikan.
Walaupun begitu, pihak Jabatan Meteorologi akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada langsung petanda lain akan berlakunya tsunami walaupun petanda ribuan ikan naik ke darat berlaku di Lahad Datu.
Jabatan tersebut juga mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada pukul 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum, Filipina iaitu kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Admin F4M tahu kebaikan peristiwa ribuan ikan naik ke darat di Lahad Datu adalah penduduk kampung dapat mengaut ikan tanpa menangkapnya. Tetapi kesan atau punca kejadian ini tiada siapa yang tahu.
Saksikan video peristiwa ini di Video Aneh Ribuan Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu, Petanda Tsunami?
No comments:
Post a Comment